Barangsiapa melakukan gurah lalu merasakan titisan as-Sa’uth itu masuk ke kerongkongnya dan ia pun menelannya dengan sengaja, puasanya batal.
Ini adalah pendapat al-Imam Malik, Ibnu Baz dan Ibnu Utsaimin. Menghirup asap wangi pedupaan (bakhour) termasuk dalam hal ini.
Asap wangi pedupaan adalah sesuatu yang terlihat zatnya (terwujud).
Oleh kerana itu, akan membatalkan puasa jika dihirup kerana sama dengan menelan suatu zat hingga masuk ke perut. Yang tidak dibenarkan adalah menghirupnya dengan sengaja.
Ini difatwakan Ibnu Utsaimin dan alLajnah ad-Da’imah yang diketuai Ibnu Baz.***
Page 4 of 4